//NoreliyaDiana
DIANA'S
Diary About Board Links
Mineeeeeee!
5 November 2011 | 07:42 | 0 comments


Assalamualaikum, hey dude seperti yang telah di istihar kan bahawasa nya pada tarikh 5/11/2009 telah menjadi hari yang sweet bagi aku, euw mengada nya aku en? Okay takpa lah aku mengada pun sikit je lagi pun hari nie kan anniversary kita orang yang ke-2 tahun yeyyyyyyyyyy lama nya lah macam tak percaya pun ada ayat macam orang dah kawin je menyirap sial. Besok raya tapi macam tak je sebab takde duet raya malas nak raya hmm.

Okay sempena anniversary nie aku nak cerita lah sikit pasal mula-2 kami bercinta, haa nak tahu ke tak? Tak nak takpe lah tak payah ah cerita en? Buat apa nak over exited sangat bukan ada yang membacanya pun haih. Mula cerita nya macam nie kita orang kenal start aku standard 6 kira lama lah dah kan, start kat situ aku mula suka dia pagi-2 nak pergi sekolah mesti lalu depan sekolah dia yang sekarang dah jadi sekolah kami bersama. Tak lama tu kita orang bercinta lah kan tapi masa tu tak rapat lagi aku pun tak pakai phone atas alasan nak fokus UPSR lagi pun time tu akak aku tak bagi pakai takot itu ini lah en.

Ada dalam seminggu couple putus sebab bosan yelah kan kecik-2 lagi dah pandai nak bercinta bagai. Lepas pada tu aku kenal kan Azmir dengan kawan aku Yuny aku suruh dia main-2 kan je Azmir tu last-2 lekat jugak dia berdua masa tu kita orang dah form 1 aku pun macam tak kesah sangat lah kat Azmir sebab aku masa tu baru nak up kalau ingat balik memang sakai gila ah ponteng sekolah lah shitt ah wey bodoh je. Lame sikit dorang couple Yuny dapat tahu yang si Azmir nie main kayu tiga haha dalah minat kat budak satu sekolah jugak tu.

Tapi tak lama lepas tu aku try usha Azmir aku gentle bukan dia yang mintak couple tapi aku sendiri yang cakap kat dia aku nak kat dia, well masa tu aku dah tak fikir malu ke apa selamba buat muka ketat. First couple first date dia bawak kawan dia aku bawak kawan aku dia so kita orang ada double couple. Memang bahagia gila lah aku en masa tu. Boleh kata kan hari-2 kami jumpa lepak taman tu tapi tu sekejap je lepas pada tu dia lyan aku macam kawan bila time dia bosan dia msg lepa tu ade dua tiga ketul msg dia cakap nak makan ke mandi ke lepas tu terus tak reply, aku pun mula lah curang dengan dia tapi tak beria lah en gitu-2 je.

Masa hujung form 2 15/8/2010 pemergian nya insan tersayang ayah aku memang aku rasa macam nak ikut sekali pun ada tapi aku kuat buat tak tahu jelah. Seminggu lepas pada tu dia baik dengan aku masa tu aku rasa lain sangat sebab nya tiba-2 dia cakap dia sayang aku lah ape lah macam lain sangat tak pernah dia cakap gtu hmm nvm lain. Masa birrthday aku tu aku call dia time tu puasa aku bercakap dengan dia dari pukul 12 sampai 5 pagi masa tu mak aku gerak panggil sahur baru lah berenti cakap kalau tak sampai pagi besok pun aku tak berenti cakap dengan dia masa tu aku rasa okay sikit lah dengan dia.

Mula pada tu aku dah tak rasa malu nak cakap apa-2 dengan dia slow-2 aku faham perangai dia sampai lah hari nie kita orang bahagia sangat tapi kadang-2 tu dia banyak sakit kan hati aku tapi benda tu lah buat aku suka dia hehe mengada kan aku. Kita orang pernah buat show kat sekolah gila bergadoh dengan dia depan budak sekolah. Eeeeeeeee, malu rasa hati aku masa tu. Hmm aku rasa cukup lah kan sampai sini walaupun tak menarik entry nie penat aku menaip nya. Apa pun Happy Anniversary For Two Year Azmir Ezzat ilove you more than everything muaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh. Ahhh, nie entry terpanjang gua pernah buat haha yey kbye.

OLD | NEW